Saturday, January 30, 2010

kisah benar...kucing hitam atau.....

Kisah ini kisah benar kalu seseorang itu menganggapnya benar...akan tetapi..ish2 ade tetapi2 pulak dah..ok akan tetapi kalau seseorang itu menganggapnya tidak benar maka kisah ini jadi tidak benarlah..bagi aku?aku sikit pun tak kisah..tapi ingatlah wahai seseorang..lebih baik kau ikut aje tajuk tu..kalu tak..buat kisah sendiri..kahkahkah

Kisah ini bermula....pada satu malam yang sangat gelap serta ribut,hujan..(malam memang le gelap..he)terjadi kepada seseorang yang aku kenal..?


Pukul 12 tengah malam. Angin bertiup kencang, kedengaran dedaun bergeseran, memberikan bunyi yang mengerikan. Sesekali itu terdengar pula anjing liar melolong. Mata Nasim(bukan nama sebenar atau pn nama aku) tidak dapat terlelap. Entah kenapa jadi begitu, seingatnya siang tadi penat juga dia mencari kayu api kat pinggir hutan. Krakk! tiba-tiba tingkap biliknya terbuka. Daun tingkap berhayun-hayun ditiup angin. Nasim pun lekas-lekas bangun menuju ke tingkap. Percikan gerimis sudah mula membasahi ruang biliknya. Tetapi sebelum sempat dia menutup tingkap tiba-tiba seekor kucing hitam menerkam ke arahnya. Nasim terkejut dan cuba mengelak. Dia terjatuh ke lantai..(sempat ke si Nasim ni elak?ntahle aku).

Nasim lihat sekitaran biliknya. Kucing hitam itu hilang entah ke mana dah. Nasim bangun semula dan terus menutup tingkap biliknya. Kemudian dia mencari-cari di dalam bilik. Cari di bawah katil, di bawah meja tulis...namun kucing hitam yang menerkamnya tadi tidak pun dijumpai. Mana dia pergi bisik hati Nasim..

Nasim keluar bilik. Ruang tamu senyap sunyi. Setiap bilik rumah kampung neneknya itu tertutup rapat. Keluarganya sedang enak tidur siap dibuai mimpi lagi. Nasim terus mengorak langkah mencari kucing itu. Tiada di ruang tamu bisik hati Nasim. Nasim ke dapur pula, pun tidak ada jugak. Nasim mendongak ke atas lantas dia mengeluh. Sudah lari lalu ikut para berlubang itu agaknya, fikir Nasim. Tanpa berfikir panjang Nasim pun kembali ke biliknya.

Sebelum sempat dia hendak masuk ke biliknya, terdengar bunyi suara kucing berderam. Langkahnya terhenti. Dia lihat sekelilng tetapi arah bunyi itu tidak dapat dikenalpasti. Bila Nasim lihat kearah sofa, bunyi itu terdengar dari belakangnya. Bila Nasim pusing belakangnya, terdengar pula dari arah sofa. Nasim jadi tidak sedap hati. Jantungnya mula berdegup kencang, anak-anak peluh mula turun dari dahi membasahi pipinya..mukanya pucat. Ribut di luar masih lagi tidak reda. Bunyi dedaun pokok sena menggeser atap bata rumah neneknya..tambah mengerunkan Nasim.

Tiba-tiba terdengar para atap dipijak. Nasim terus pandang ke atas. Ahh..!kucing hitam! Kucing itu sedang berdiri menghadapnya dari atas para. Matanya hijau garang. Bepeluh dahi Nasim..makin banyak. Kucing itu seolah-olah mahu menerkamnya. Krakk! Nasim terdengar bunyi...dia terlompat ke tepi akibat terkejut beruk. Adiknya, Nafisah yang berusia 7 tahun keluar dari bilik ibubapanya. Dia pun mengeluh panjang..Fuhhh..dadanya diurut-urut sambil mengucap. "bang2, Fisah nak kencing.." ujar adiknya. Nasim cuba2 senyum dan membawa adiknya ke bilik air yang terletak di hujung dapur..

Tiba-tiba, dengan kemalasan aku nak menaip...kisah ini bersambung..

Apa pekara ganjil yang akan muncul lagi?
Apakah kucing hitam itu betul2 kucing?
Adakah adik Nasim dapat kencing?he
Nantikan sambungannya pada post akan datang.. "jangan biarkan hidup ini diselubungi misteriii"



redrum:kisah ini akan aku sambung kemudian..tetapi tu pun kalu ade seseorang yang nak tau sambungannya..kalau ade seorang je yang bagitau aku nak tau sambungannya..walaupun seorang..aku akan tulis sambungannya..kalu xde..aku xsambung le.. sob,sob,sob..

Wednesday, January 27, 2010

hobiku...hobi sesetengahmu jua..

setiap orang mesti ada satu minat atau obsesi kepada satu benda dan aku juga tidak terlepas daripada gejala minat atau obsesi ni. untuk senang aku taip, aku gabungkan perkataan minat atau obsesi tu jadi satu iaitu hobi dan hobi aku tuh ialah membeli dan membaca komik...taklah gempak sangat kan..kan..

aku memang punya kegilaan dan obsesi terhadap komik ni dan bila aku ke kedai buku, mata aku hanya ligat mencari rak-rak yang penuh dengan komik-komik terbaru.

memang ramai orang kat malaysia ni yang baca komik, tapi sesetengahnya tu hanya baca komik sebagai santapan biasa minda diaorang je. kalau aku, bukan setakat santapan je, malah siap melantak sampai buat teman tiduran lagi..he

komik memang banyak dan pelbagai jenis serta keluaran..tapi bagi aku, komik keluaran malaysialah yang aku minat..sokong barang buatan malaysia le katakan..ini antara sedikit daripada sangat banyak komik yang aku baca..







under age dan under 18(jenis drama humor)


lawak kampus(xpayah cite jenis ape)






dua atas ni..komik cinta cintun..(aku memang layan abis jugak komik cinta2 nih..wat modal nak ejas awek2..he)




the arrival(satu komik jenis drama..eksperimental drp komikus bear)




initial D(komik aksi,lawak,cinta,drama..yg psti sgt hebat komik ni bg lelaki le)


walaupun aku ni penyokong industri komik buatan malaysia...tapi aku sangat-sangat juga meminati komik-komik keluaran luar..komik manga daripada jepun memang menjadi pujaan hatiku sejak bebudak lagi..ini kerana komik manga ni sangat hebat dari segi lukisan dan penceritaannya dan juga aku memang bercita-cita nak ke jepun..tu pasal sokong jugak komik jepun ni..haa


redrum:walaupun giler baca komik..kita tak boleh abaikan untuk baca bahan2 ilmiah jgk..tapi bagi aku..komik ni bukan setakat komik je..banyak pengetahuan n ilmu ilmiah yang aku dapat sepanjang n sebanyak komik-komik yang aku telah baca.

Monday, January 18, 2010

lalalala....laaaa....laaa..aaaalalalala..

ai ga ai wo omosugiru tte rikai wo kobami

nikushimi ni kawatteiku mae ni

nani mokamo sou darou

batsu nowarui jijou ni wa itsumo futashite

kuwase mono no riaru

yuganda jirenma daite

yukusoku shita hazu no futarisae

kizukazu toonsugite yuku

kuwashitte wakariatteta kokoro okizari ni shita

kore ganae no hate na no

mitomenai de tachimukatta toki mo

ochiteku de tachimukatta toki mo

ochiteku toki no imeeji kara nigedasezu ni

ah nando demo sagashidasu yo

kimi nome sono te no nukumori wo

ai wa itsumo atashi wo kizutsukeru dake tte kimi wa tsubuyaite

shinjiru koto ga kowakute naitandarou

yowasa wo shitte tsuyoku nare

osorezu shiujiru koto de

hontou no ai wo shiru no darou

redrum: sila lah membaca sambil eja sebijik2...irama masuk sendiri le..hahaa

Thursday, January 14, 2010

Maya indahnya nama mu...misterinya dalam mu..

Aku bertanya...kenapa? Kenapa perasaan cinta tak dapat diteruskan selamanya?
Kenapa hati mesti berubah mengikut masa? Sudah..! Aku dah tak tahan lagi duduk lama-lama dalam bilik ni! keadaan bilik ni membuat aku sedih, bosan dan sepi. Walaupun bilik ini kemas..cantik..selesa dan suasana dingin..tapi tak sedikitpun buat aku rasa selesa..kenapa..??


Pada aku, cinta tu macam kopi kosong depan aku ni..panas, wangi, ade kafein dan buat aku selesa menghirupnya panas-panas...tapi kalau dibiarkan sejuk..ia ibarat segalas air biasa dan tidak lagi seperti ..hmmmm....nesscafe...




Aku tidak sedar dengan perasaan aku sekarang ni. Aku juga terlupa apa yang membuat aku bertanya begini. Ape yang aku tahu sekarang, aku hanya nak menangis tanpa menitiskan setitik air mata pun...(eh2..melebih-lebih feel lak ayat aku nih..aku nangis??)

Memori-memori aku dan maya di bilik ni sentiasa dalam minda aku. Bilik ni la dunia kami...berdua...
Setiap sudut bilik ni mengingatkan aku tentang kenangan-kenangan manis aku dan maya..

Setiap perkara yang berlaku, setiap perkataan yang maya sebut cuma menambah kesedihan padaku..kalatika aku teringatkannya...

Semuanya dah berakhir...yang tinggal cuma bilik kosong ni. Tapi...kenapa ia mesti berakhir? Kenapa maya benci aku? Kenapa maya nak tinggalkan tempat ni? Aku sendiri tak tahu ape sebabnya...tidak! aku kena tanya kenapa??

Bagitau aku maya...ape salah aku sampai camni sekali kau layan aku? Apa yang aku dah buat sampai kau sanggup lupakan segala janji-janji kau pada aku dulu. Tolong la..tolong bagitau aku maya..
Maya hanya senyap..pandangan maya jauh..sangat jauh..merenung sambil memikirkan..masa, cerita, kisah, kenangan...ntahla, aku pun tak tau..

Aku menanti dengan penuh harapan..badan berpeluh..jantung berdegup kencang..terus kencang..lagi kencang..berpeluh..menanti jawapan ..tetiba aku melihat maya..jauh ke dalam maya..gelap? kenapa gelap?...maya..hilang daripada pandangan aku..tunggu..tunggu maya!..jaaawaaapaannnn....!!??


redrum:kisah ni tidak sama sekali terjadi kat aku secara realitinya..tapi kisah ni memang terjadi kat aku..secara 'maya'nya..kisah mimpi aku daa..mimpi kan maya..alam maya gitu..hahaha
:fakta: mimpi benda buruk..msti jantung akn berdegup kencang n berpeluh..ku rase semua org gtu..

Sunday, January 3, 2010

Teringin Nak Pelihara 'Croc'odile...

Tahun 2010...ape aku nak buat nih. Awal-awal tahun gini, poket masih tebal lagi nih..elok nipiskan sikit poket ni..pikir aku sendiri.. Dah siap elok-elok pikir, apelagi..keluar rumah terus cari kedai le..

Aku ni jenis minat pelihara binatang, sejak kecik lagi aku start dah kerjaya memelihara menatang nih..yang biasa-biasa macam orang biasa jenis aku ni..masa tu aku pelihara menatang ayam n kucing jela...kos xmahal. Ayam tu aku cilok datuk aku punya..hehe n kucing tu palak..aku mintak ngan mak Yam yang duk belakang kedai mee celup je..aku tengok2 kucing dia..berkenan jadi aku mintak le..tp anak dara mak Yam ni pn cantik jugk..tak nya berani mintak pulak..rugi aku.. Apelah, aku kecik lagi masa tuh..budak pompuan tu pun ingusan jugk lagi..hehe

Masa kecik-kecik tu, tak puas pelihara menatang jenis biasa gitu..jadi aku mula lah pasang angan-angan bila besar nanti dah kerja sedap-sedap, duit dalam dompet tebal-tebal buku yellow pages gitu..aku pasang angan nak pelihara menatang eksotik lak..masa kecik tuh, aku pikir nak pelihara rimau le, ular le , crocodile le..ceh macam-macam menatang la pulak aku pikir..

Sekarang memang poket dah tebal..tetiba aje aku ingat angan-angan aku tuh..rasa macam nak tunaikan je angan-angan aku tuh..jadi menatang ape aku nak beli nih?..hmm, elok beli crocodile kot..eksotik giler menatang tuh..

Aku pun usha-usha le kat dalam internet ni..masuk kedai-kedai online..tengok-tengok ade le dua ekor aku berkenan..apelagi aku pn terus oder online le..sini aku kongsi gambar crocs aku tuh..eksotik-eksotik..ha







atas: tideline canves (rm13o)
bawah: santa cruz men (rm11o)




redrum: apemacam..crocs aku eksotik kan2?..haha
p/s: sebenarnya aku angan2 je oder crocs ni..sb aku punya pasal nk angan2..haha

Saturday, January 2, 2010

Jadikan Landasan Pencerahan

Hukum Sambutan

Tahun Baru Masehi

calendar.jpg

Soalan

Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan

Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

redrum: kredit untuk www.zaharuddin.net


Permulaan Masihi Baru

belia n remaja hampeh

permulaan masihi memang menarik, masyarakat awam tidak kira yang majoriti atau minoriti dalam negara aman ini memulakan langkah dan niat mereka masing-masing. Aku pun termasuk samalah kiranya..ha,

tetapi masalahnya dengan masyarakt zaman ini, terutama golongan masyarakat yang digelar golongan belia n remaja ini telah lupa cara-cara sopan dalam merayakan sesuatu hari yang mereka ingin merayakannya...ape maksud aku nih..hamm..gini, aku melihat contoh mengenai sambutan permulaan masihi ni atau tahun baru 2010 ni le..golongan ini telah sama sekali mengikut atau terikut2 acuan barat dan seangkatan barat yang menjadikan sambutan ini satu cara untuk bersosial bebas atas nama 'sambutan'..ish2.

sedangkan pada malam tersebut pelbagai program ilmiah juga diadakan dan yang terpenting untuk golongan muslim...masjid-masjid pada malam tersebut ade mengadakan solat gerhana n penerangan ilmiah tentang ilmu-ilmu astronomi..tetapi sambutan..amat2 hampeh drp golongan belia n remaja ini..yang duk tercongak kat situ aku lihat..pak-pak iman,pak-pak budak n mak-mak budak je..hairan2 aku..mane kesedaran umat2 muslim baya usia aku nih..hmmm





redrum: aku memikirkan nasib ini untuk aku saje..kalau ade sesape pikir jugak..maknanya aku bukan kesorangan la..

Related Posts with Thumbnails