Saturday, January 30, 2010

kisah benar...kucing hitam atau.....

Kisah ini kisah benar kalu seseorang itu menganggapnya benar...akan tetapi..ish2 ade tetapi2 pulak dah..ok akan tetapi kalau seseorang itu menganggapnya tidak benar maka kisah ini jadi tidak benarlah..bagi aku?aku sikit pun tak kisah..tapi ingatlah wahai seseorang..lebih baik kau ikut aje tajuk tu..kalu tak..buat kisah sendiri..kahkahkah

Kisah ini bermula....pada satu malam yang sangat gelap serta ribut,hujan..(malam memang le gelap..he)terjadi kepada seseorang yang aku kenal..?


Pukul 12 tengah malam. Angin bertiup kencang, kedengaran dedaun bergeseran, memberikan bunyi yang mengerikan. Sesekali itu terdengar pula anjing liar melolong. Mata Nasim(bukan nama sebenar atau pn nama aku) tidak dapat terlelap. Entah kenapa jadi begitu, seingatnya siang tadi penat juga dia mencari kayu api kat pinggir hutan. Krakk! tiba-tiba tingkap biliknya terbuka. Daun tingkap berhayun-hayun ditiup angin. Nasim pun lekas-lekas bangun menuju ke tingkap. Percikan gerimis sudah mula membasahi ruang biliknya. Tetapi sebelum sempat dia menutup tingkap tiba-tiba seekor kucing hitam menerkam ke arahnya. Nasim terkejut dan cuba mengelak. Dia terjatuh ke lantai..(sempat ke si Nasim ni elak?ntahle aku).

Nasim lihat sekitaran biliknya. Kucing hitam itu hilang entah ke mana dah. Nasim bangun semula dan terus menutup tingkap biliknya. Kemudian dia mencari-cari di dalam bilik. Cari di bawah katil, di bawah meja tulis...namun kucing hitam yang menerkamnya tadi tidak pun dijumpai. Mana dia pergi bisik hati Nasim..

Nasim keluar bilik. Ruang tamu senyap sunyi. Setiap bilik rumah kampung neneknya itu tertutup rapat. Keluarganya sedang enak tidur siap dibuai mimpi lagi. Nasim terus mengorak langkah mencari kucing itu. Tiada di ruang tamu bisik hati Nasim. Nasim ke dapur pula, pun tidak ada jugak. Nasim mendongak ke atas lantas dia mengeluh. Sudah lari lalu ikut para berlubang itu agaknya, fikir Nasim. Tanpa berfikir panjang Nasim pun kembali ke biliknya.

Sebelum sempat dia hendak masuk ke biliknya, terdengar bunyi suara kucing berderam. Langkahnya terhenti. Dia lihat sekelilng tetapi arah bunyi itu tidak dapat dikenalpasti. Bila Nasim lihat kearah sofa, bunyi itu terdengar dari belakangnya. Bila Nasim pusing belakangnya, terdengar pula dari arah sofa. Nasim jadi tidak sedap hati. Jantungnya mula berdegup kencang, anak-anak peluh mula turun dari dahi membasahi pipinya..mukanya pucat. Ribut di luar masih lagi tidak reda. Bunyi dedaun pokok sena menggeser atap bata rumah neneknya..tambah mengerunkan Nasim.

Tiba-tiba terdengar para atap dipijak. Nasim terus pandang ke atas. Ahh..!kucing hitam! Kucing itu sedang berdiri menghadapnya dari atas para. Matanya hijau garang. Bepeluh dahi Nasim..makin banyak. Kucing itu seolah-olah mahu menerkamnya. Krakk! Nasim terdengar bunyi...dia terlompat ke tepi akibat terkejut beruk. Adiknya, Nafisah yang berusia 7 tahun keluar dari bilik ibubapanya. Dia pun mengeluh panjang..Fuhhh..dadanya diurut-urut sambil mengucap. "bang2, Fisah nak kencing.." ujar adiknya. Nasim cuba2 senyum dan membawa adiknya ke bilik air yang terletak di hujung dapur..

Tiba-tiba, dengan kemalasan aku nak menaip...kisah ini bersambung..

Apa pekara ganjil yang akan muncul lagi?
Apakah kucing hitam itu betul2 kucing?
Adakah adik Nasim dapat kencing?he
Nantikan sambungannya pada post akan datang.. "jangan biarkan hidup ini diselubungi misteriii"



redrum:kisah ini akan aku sambung kemudian..tetapi tu pun kalu ade seseorang yang nak tau sambungannya..kalau ade seorang je yang bagitau aku nak tau sambungannya..walaupun seorang..aku akan tulis sambungannya..kalu xde..aku xsambung le.. sob,sob,sob..

No comments:

Related Posts with Thumbnails