Tuesday, March 16, 2010

Sukanya main menda ni...sampai berpeluh lagi sekali

Lagi sekali ku disuruh main menda ni...ku telah disuruh oleh anak sedara ku, Fatin yang cool ni hah...suka budak ni main tag-tag ni ya...nasib baik ku pro main permainan ni...jadi KBS pilih la aku wakil Malaysia ek...he. Nak tengok ku main? sila bersila ke bawah!!


1) Do you think you're hot?

mestilah..!! ni pun nak tanya..ish-ish ( marah ni )

2) Upload the fav picture of you

sangat-sangat kesukaan ni...sampai aku suka ni "kahkahkahkahkahkahkah"


3) Why do you like that picture?

nak tau ka? sebab aku dah tukar baju baru dan kotak baru...kacak dan hot kan2..


4) When was the last time you ate pizza?


kelmarin, hari ini dan esok atau tepat lagi hari-hari *pizza yang dijual kat kedai roti n kek tu pizza jugak kan* :)


5) The last song you listened to?


BLiZ...Mimpi yang Mati


6) What are you doing rite now beside dis?


makan cocopai with marshmallow + minum milow + atas pillow


7) What name you prefer besides yours?


tak ada lain selain redrum...red atau abang kotak

5 peoples to tag

1. Pink rangers
2. Red rangers
3. Black rangers
4. Blue rangers
5. Yellow rangers


8) Who is number 1?

she is awek redrum rangers


9) Number 3 is having hubungan dengan siapa?


dengan perempuan la...yang kulit putih sebab dia hitam


10) Say something about number 5


feewitt...awak nampak yellow la...deman kuning ek..


11) How about number 4 ?


lelaki ni suka kaler biru..tapi dia bukan gay...cuma ahli BN je


12) Who is number 2 ?


ketua Power Rangers la..*nak kena ganti ngn redrum rangers xlama lagi tuh...sebab awek dia, pink rangers nak kat aku...cian dia*





redrum:korang xcaya yang aku tag itu wujud?? maknanya korang lahir2 je dah tua..haha

p/s:ini auto publish...*satu drp teknologi power rangers*

Friday, March 12, 2010

Redrum sangat prihatin

Nampaknya budak-budak yang mengambil spm sudah tahu akan keputusan masing-masing pada kelmarin hari..apemacam semua? ceria gembira atau duka derita?

aku harap yang gembira tu gembiralah ya dan yang berduka tu pun bergembiralah...erkk..ade ke gini?? ala korang patut gembira jugak la...sebab bukan senang nak dapat result spm nih..sebab syarat utama nak result ni korang kenalah hadirkan diri untuk periksa...walaupun korang tak bersedia, tak membaca, hilang ingatan ke ape2 lagi ke...tapi tetap korang pergi berjuang jugak kan...oleh itu, korang patutlah bergembira sebab ada jugak result spm..*aku xperli ya..tp perihatin..kahkah..ya la tu*

result yang korang dapat ni sememangnya pencorak masa depan korang..ini fakta!..ngn result ni jugaklah korang akan meneruskan cita-cita korang yang dipupuk sejak zaman tadika lagi..hah! ingat tak.. sejak tadika lagi cikgu sudah tanya sal cita-cita ni kan..ada macam2 cita-cita..gempak atau sederhana..jadi bagi budak lepasan spm..dapat kah result ko membantu cita-cita ko?

sini ade satu kisah teladan tentang cita-cita..khas redrum kasitau kat korang...layannn

Bila saya besar nanti*masa ni xtau menda pn sal spm2 nih*


Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajar-pelajarnya. guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.


Abu berdiri dan berkata "nama saya Abu bin Dolah. bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang..jadi bolehla saya pergi ke amerika, eropah dan sebagainya


"bagus Abu. terima kasih. siapa lagi??" tanya guru


Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi..berdiri dan berkata "nama saya Noni binti Samad. kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumahtangga dan mempunyai anak-anak yang comel


"bagus Noni, jadi suri rumah merupakan cita-cita yang mulia. siapa Lagi??"


Seman berdiri dan berkata "saya Seman bin Leman. bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya"


"erkk.."


Membesar keluarga pun satu cita-cita baik dan mulia..tak perlu belajar bertingkat-tingkat. jadi bagi yang dapat result berduka lara tu..harapan tetap ada...baik ko ubah cita-cita korang kepada cita-cita "aku akan kahwin awal"...hikhik :P




redrum:aku kenal sorang budak spm...oitt mai...result ko macam mana? arap2 gembira la hendaknya.. :)

Monday, March 8, 2010

Selamat Hari Wanita Sedunia

Sempena hari wanita sedunia ini...redrum ingin buat teks ucapan..tapi ku terjumpa satu puisi menarik ini..jadi ku post puisi jelah (err..ku pinjam puisi entah sape punya entah..hehe) redrum rasa bukan puisi yang penting, isinya tu yang penting..iya kot??he..Oklah wanita sekalian hayatilah puisi kewanitaan ini sepenuh hati suci kamu ya.. :)


Flaw In Women

women have strengths that amaze man
they bear hardship and they carry burdens
but they hold happiness, love and joy

they smile when they want to screm
they sing when they want to cry
they cry when they are happy
and laugh when they are nervous

they fight for what they believe in
they stand up to injustices

they don't take " no" for answer
when they believe there is better solution

they go without so their family can have
they go to the doctor with a frightened friend

they love unconditionally
they cry when their children excel
and cheer when their friend got awards

they are happy when they hear about
a birth or wedding

their heart break when friend dies
they grieve at loss of family member
yet they are strong when they
think there are no strength left

they know that a hug and kiss
can heal a broken heart

women come in all shapes, sizes and colours
they'll drive, fly, walk, run or e-mail you
to show how much they care about you

the heart of women is what
make the world keep turning

they bring joy, hope and love
they have compassion and ideas

they give moral support to their
family, lover and friend

women have vital thing to say
and everything to give

HOWEVER, IF THERE IS ONE FLAW IN WOMEN
IT IS THAT THEY FORGET THEIR WORTH



Di sini, redrum secara personal ucapkan "selamat hari wanita kepada kenkawan wanita yg mengenali redrum dan blog redrumbrand...juga bagi wanita yg ada di seluruh maya blog dan realiti duniawi" sekian :)




redrum:bila hari lelaki sedunia pulak...err..ada ke??

Friday, March 5, 2010

Kembara Setia Di Bumi Lara





redrum:berkat kpd penulis puisi...sekadar kongsi koleksi puisi yg ku hayati..

p/s:ku suka puisi yg ade jiwa pengajaran...bukan yang ada jiwa-jiwangan

Tuesday, March 2, 2010

Jom main tag-tag|Balas tag miss Fatin

1) You have to print screen wallpaper that you are using right now

Pasal print screen ni ku tak pandai sebenarnya(ku xcukp ilmu komptr)...tp mujurlah budak baik hati cik Fatin yang ajarkan aku...sekali diajar ku dah leh buat...tp ni ku tak print screen pn cuma cari dalam file wallpaper sedia ada..*ku malas* hehe



2) Tell us why do you like the wallpaper

Sebab utama, warnanya putih iaitu cerah...bagi aku, warna yang cerah ini dapat melegakan mata dan mengurangkan stress mata bila menghadap skrin kom ni lama-lama..lagi satu sebab, wallpaper ni gambarnaya binatang yang cantik dan ini menarik minat aku..akukan animal lover..kalau korang tak caya korang leh tanya net geo..hee


3) Tag 10 people...err, ku tak ramai sangat kawan lagi..yang ade pn dah kena tag kat orang len dah..hmm..aku tag 3 orang je la..mintak2 3 ni tak kena tag lagi..

1. Acan capik conteng

2. Uncle punya blog

3. Niny goos clan





redrum:letih jugak main tag-tag ni, berpeluh aku..

Sunday, February 28, 2010

Jawapan untuk teka-teki|Boleh cuba-cuba semak

Dengan ini redrumbrand mengistiharkan jawapan kepada teka-teki semalam. Sori tak dapat postkan awal-awal(sangat2 lewat la pulak..dah pagi pn..he) Jawapan dibawah ini ya..jangan segan-segan untuk semak bagi yang jawab dan juga bagi yang tak jawab.


1. Jilat-jilat bila basah baru cucuk
Jawapan: Masukkan benang dalam lobang jarum


2. Kangkang peluk, kangkang peluk...bila dah dekat climax pegang buah
Jawapan: Panjat pokok kelapa


3. Apakah binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
Jawapan: Semut yang matanya BENGKAK


4. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki?
Jawapan: Sebab kalu anjing tu angkat dua kaki, anjing tu akan jatuh. sebab itulah angkat sebelah kaki je


5. Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Jawapan: Kambing bin-ATANG


6. Bagaimana nak bezakan ikan betina dengan ikan jantan?
Jawapan: Ikan betina = Ikan Duyung, ikan jantan = ikan Bakar, mana ade pompuan nama BAKAR


7. Banyak-banyak bas, bas ape yang pandai?
Jawapan: Bas sekolah la..the only bas pegi sekolah


8. Banyak-banyak mi, mi apa yang bolah makan dengan ais?
Jawapan: MI-Lo ais


9. Ape perbezaan lampu stadium dengan lampu bilik?
Jawapan: Lampu stadium, kalu ada "game" dia pasang, tapi kalu lampu bilik ade "game" dia padam :)


10. Mana lagi tua, motorsikal ke kereta ke?
Jawapan: Motorsikal la...sebab dia pakai tongkat



Kepada siapa-siapa yang jawab betul walaupun tak jawab kesemuanya..tahniah pihak redrumbrand ucapkan...rasa nak tahu markah anda..setiap soklan tu ku berikan 10 point..hah! ape lagi..kira sendiri la ya..he




redrum:mula-mula aku jawab teka-teki ni, ku jawab betul semua..ade yang x caya? bagusla..sebab aku tipuu..haha

Friday, February 26, 2010

Terasa diri pintar?...jom main teka-teki sekejap!


Nak releks-relekskan otak sambil asah tajam-tajam daya fikir korang? Jom layan teka-teki ini(aku rasa cam teka-teki taraf rendah je ni..ah, lantak lah..he) Teka-teki ini terbuka kepada semua manusia yang terasa dirinya pintar samada macam kyle XY atau pun jessi. Berikut adalah teka-teki rendah taraf darjatnya itu..he, ok2..cuba-cubalah jawab ya..


Soalan-soalannya;

1. Jilat-jilat bila dah basah, baru cucuk

2. Kangkang peluk, kangkang peluk..bila dah dekat climax pegang buah

3. Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol


4. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki?


5. Ahmad bin Abu, kambing bin apa?


6. Bagaimanakah nak bezakan ikan betina dengan ikan jantan?


7. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai?


8. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan dengan ais?

9. Apa perbezaan lampu stadium dengan lampu bilik?

10. Mana lagi tua..motorsikal ke atau kereta ke?




Pesanan daripada RTM ...teka-teki ini telah dikategorikan di bawah label "U" ya...jadi jangan salah anggap pulak teka-teki ini di bawah label "18SX" atau "18PL. Sesungguhnya tapisan telah dilakukan sepenuhnya oleh pihak FINAS dan Redrumbrand. Jika masih ada lagi keraguan ...bolehlah adukan kepada Aduan Rakyat Karam Sing Walia di TV3. Sekian.

*Jawapan akan disiarkan pada esok malam di Redrumbrand tv*
(klu anda x tau jawab..ajak ramai2 kwn2 anda mai jawab sini ek)





redrum:telah di teka-tekikan kepada ku oleh seorang tua, namanya hussin lempoyang

p/s:kepada sesiapa yg telah mengetahui jawapan akn soklan di atas..silalah pura-pura tidak tahu dan pura-pura jawab salah ek..hehe

Tuesday, February 23, 2010

Yang cantik....jadi pujaan ku...jadi koleksi ku

Cantik...orang kata nak nilainya adalah secara subjektif...boleh pakai ka? Bagi aku kalau dah memang cantik baik aku jawab secara objektif terus cantik...sebab? dah nyata2 aku nampak cantik...tak salah kan..

Cantik bagi para lelaki cam aku ni...apelagi boleh ditujukan perkataan itu melainkan kepada gadis...namum itu nilaian secara umum je la...tapi bagi aku, redrum...aku meletakkan perkataan cantik bukan hanya utk para gadis yang cantik2 aje...malah aku meletakkan cantik itu untk semua makhluk ciptaan Allah s.w.t atau benda2 yang cantik yg ade di muka bumi ini...kerana aku menghargai semuanya...

Ceh..! ape yg aku duk meraban di atas tu...aku sendiri pun tak paham la pulak...haha. Sebenarnya aku sesaja je tulis meraban atas tu utk intro entri ni je...sebab tak de menda nak tulis..he. Entri kali ni, aku nak kongsi gambar2 "awek-awek" cantik pujaan ku yg ku jadikan koleksi di dlm rumah n bilik tidur ku...tp "awek2" cantik ni jantan le pulak...hmm, jantan pun layak dikatakan cantik ...aku yg kata la coz aku jwp secara objektif...org len xtau la pulak aku...jom layan..

betta hm: aku namakan rosered (1)


rosered (2)


betta hm: aku namakan itam nanas


betta hmpk: aku namakan si putih


betta hmpk: red full mask dragon


betta hmpk: black gold dragon


betta hmpk: white yellow full mask dragon


betta hm: white yellow full mask dragon


betta hmpk: fancy dalmantion spot


ape macam...cantik2 tak "awek-awek" kesayangan aku tu..he. aku ni memang jenis minat pelihara pets(prnh ku ckp minat ku ni..klik sini)..macam-macam pets pernah aku bela..ikan betta ni salah satunya..mybe aku animal lover sejati kot(bila net geo nk ambik aku keje ni)..he2


*betta hm(betta halfmoon)
*betta hmpk(betta halfmoon plakad)

*bagi ikan betta splendens ni..yg jantan je le cntik..yg betina xcantik


redrum:top list cantik bagi aku adalah gadis-gadis cantik jugaknya :)

Friday, February 19, 2010

Lipstick tak boleh..!! Haramkah..??


Dah baca tajuk?? Anda ingin tau?? ikuti kisah manusia nih ya..


Seorang anak manja sangat bertanya kepada ibu kesayangannya...


Anak: Mama, bila besday saya ke-17 nanti, boleh buat pesta di rumah tak?

Mama: Boleh...boleh, nanti mama aturkan ye..

Anak: Ma..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama: Boleh...nanti mama uruskan jemputannya.

Anak: Ma...boleh saya pakai baju baru berwarna pink?

Mama: Boleh...boleh, nanti mama belikan ya..


Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya...kawan-kawannya semua sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan pergi bertanya sesuatu pada mamanya..


Anak: Mama..boleh saya pakai lipstick tak??

Mama: Tak boleh..!!

Anak: Alahh..mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup..takkan pakai lipstick pun tak boleh..

Mama: Tak boleh..! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput kawan2 kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu..tapi kamu tak boleh pakai lipstick!

Anak: Alaaa...boleh la mama....pleaseee...

Mama: Hans!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi lagi...TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki Hans!!

Anak: Opppsss....lupa


ish2..macam-macam manusia nih..cam astro plak..macam-macam ada...hehe
jadi tak haram le ni ek...selamat kaum pompuan..





redrum:diceritakan oleh orang tua kpd ku..namanya hussin lempoyang.. :)

Wednesday, February 17, 2010

Puisi..oh..puisi..

...Puisi Dunia...
....hayatilah insan-insan dunia....










redrum:kredit buat penulis puisi...bukan redrum..

Saturday, February 13, 2010

Saat indah di hotel sebelum kahwin..

Sempena 14 hb 2 ni...aku mempersembahkan testimoni khas buat ahli2 pemuja hari 14 bln 2 nih!...terutama kepada kaum perempuan yang takberapanakcukup iman...he2

saat indah di hotel bajet sebelum kahwin...

Teruna: Akhirnya, inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara: Apakah kau rela kalu aku pergi?

Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintai ku?

Teruna: Tentu! Selamanya aku tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: Mahukah kau mencium ku?

Teruna: Ya!
Dara: Sayangku...!

Saat indah di rumah selepas 2 tahun kahwin (kahwin sebab kena tangkap basah kot..ish2)

Nak tau camne?...Cuba korang baca daripada bawah keatas pulak...kah3







redrum:mesej di atas...lu pikir la sendiri...jadi, bercintalah cara halal dan kahwinlah cara halal...klu rasa was-was tentg halal tu..tanyalah Jakim...haha

Friday, February 12, 2010

Akhirnya...

Seminggu sebelum semalam sudah lepas...semalam dan hari ini, akhirnya dapat jugak aku online. dlm seminggu tu...bukannya aku xnak online..tp xdpt online..nak dpt camne, dah aku duk dalam hutan di kaki bukit...fon pun xde line..tp walkie talkie ade line lak..(ape kaitan ngn online nih). dpt on9..terus je buka blog..bukan nak tgok blog sendiri pun..tapi lebih nak tgok2 blog2 orang lain..tambah2 blog2 yang aku follow...sebab, blog2 org lain ni seronok dibaca post2nya...lagi2 yang blog2 ade post darama(wat post cerita main sambung2 cam keretapi gtu). jd akhirnya..ape lg nak akhirnya2 nih!..noktah je la redrum oi!..aku noktah sini.









redrum:aku xmenang contest aku join lah..(ceh!..bru satu dua contest join..dh nk menang ke??)ha

Saturday, February 6, 2010

Bandar Tuhan

Bandar Tuhan atau City of God adalah satu tajuk filem yang telah diterbitkan pada tahun 2002 di Brazil(memang movie org Brazil pn). Aku sangat suka giler filem ini..sebab apa? Sebabnya tak lain tak bukn..filem ni sangat2 hebat, menarik, bermesej, teknik penceritaan yang pelbagai dan paling penting sebabnya aku jenis tak minat filem Melayu!(sampai aku bercucu pn pengarah Melayu tak mampu nak wat filem camni..aku sgt2 pasti!..ha)

City of God adalah tajuk orinya dan filem ni sebenarnya adalah berdasarkan kisah benar. Bagi aku, jenis2 filem yang berdasarkan kisah2 benar ini memang menjadi kegilaan aku sejak bebudak lagi.

poster @ cover City of God

Sinopsis
Cerita ini bermula dgn watak utama(Roket) berada di tengah2 dua kumpulan gengster yang bermusuh dan sanggup membunuh satu sama lain. Selepas itu apa jadi ek..? Aku ni jenis tak pandai nak ulas2 atau citer semula ni..takut2 last2 jadi aku(redrum) sebagai heronya lak nanti..hoho

Utk lebih kepuasan, aku syor yg mana2 tak tengok lagi..tengoklh filem ni walaupn filem ni dah lama..gerenti ko tak kecewanye dan yg tak mo tengok tp nak tau serba sdikt..bolehla korang tanya Pakcik Google..tanye tjuk tu..gerenti panjang giler pakcik tu cerita kat korang..he



permulaan, shot pn dah mendebarkan!(pic roket:hero)


hero itam2 pn xpe..janji aweks tu cun melecun!(untg ko roket)



di Brazil, awal thn 80-an pun ramai yg mint nak jadi photographer?


gengster terawal(the tender trio) di city of god..sama cam robin hood..rompak2 tp xmbunuh



redrum:amaran! citer ni hanya sesuai utk lelaki yg suka keganasan cam redrum je..ha. bagi pempuan..tak boleh tengok!..sebab? dikhuatiri terpengaruh..klu terpengaruh, susah la..jd ganas pada lelaki lak kn..kah3~

Thursday, February 4, 2010

cikgu bukan melayu yang biol

Guru tadika: Anak-anak, nampak pen ini?
Murid-murid: Nampak cikgu!
Guru tadika: Pen ada kan?
Murid-murid: Ada cikgu!

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika: Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid: tak nampak cikgu!
Guru tadika: pen ada tak?
Murid-murid: tak ada cikgu!
Guru tadika: Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid: tak nampak cikgu!
Guru tadika: Tuhan ada tak?
Murid-murid: tak ada cikgu!

Guru tadika itu sangat gembira krn tujuannya utk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi dalam kumpulan kanak-kanak itu, ada seorang budak melayu yg pintar bernama Adi lalu dia pun mengangkat tangan..

Adi: Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika: boleh, mari kedepan Adi
Adi: Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid: Nampak!
Adi: Cikgu ada kan?
Murid-murid: ada!
Adi: Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid: tak nampak!
Adi: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid: tak ada!


redrum:moral of the story...mujurlah ada Adi, walaupun seorang..

Monday, February 1, 2010

Friendship Contest|HANYA AKU BLOG|

Friendship contest yang dianjurkan oleh cik Mar pemilik sah dan rasmi blog HANYA AKU.
Sebagai memeriahkan acara dan untuk menguatkan blogfriendship di kalangan blogger, redrum dengan senang hati menjoinkan diri dalam ini friendship punya contest. Dibawah adalah gambar penyertaan rasmi redrumbrand..(arap2 menang aku..ha)


------------------------------------------------------------------------------------



redrum tidak mahu cerita panjang mengenai gambar ini. bak kata peminat foto n jurufoto berpengalaman.."biarkan gambar itu sendiri yang menceritakan segala-galanya" dan yang pasti ini gambar ada manusia yang digelar friend.





redrum:kawan, aku pinjam gambar ko sekeping..kalau menang, aku bagi kau separuh adiah tu..haa



Saturday, January 30, 2010

kisah benar...kucing hitam atau.....

Kisah ini kisah benar kalu seseorang itu menganggapnya benar...akan tetapi..ish2 ade tetapi2 pulak dah..ok akan tetapi kalau seseorang itu menganggapnya tidak benar maka kisah ini jadi tidak benarlah..bagi aku?aku sikit pun tak kisah..tapi ingatlah wahai seseorang..lebih baik kau ikut aje tajuk tu..kalu tak..buat kisah sendiri..kahkahkah

Kisah ini bermula....pada satu malam yang sangat gelap serta ribut,hujan..(malam memang le gelap..he)terjadi kepada seseorang yang aku kenal..?


Pukul 12 tengah malam. Angin bertiup kencang, kedengaran dedaun bergeseran, memberikan bunyi yang mengerikan. Sesekali itu terdengar pula anjing liar melolong. Mata Nasim(bukan nama sebenar atau pn nama aku) tidak dapat terlelap. Entah kenapa jadi begitu, seingatnya siang tadi penat juga dia mencari kayu api kat pinggir hutan. Krakk! tiba-tiba tingkap biliknya terbuka. Daun tingkap berhayun-hayun ditiup angin. Nasim pun lekas-lekas bangun menuju ke tingkap. Percikan gerimis sudah mula membasahi ruang biliknya. Tetapi sebelum sempat dia menutup tingkap tiba-tiba seekor kucing hitam menerkam ke arahnya. Nasim terkejut dan cuba mengelak. Dia terjatuh ke lantai..(sempat ke si Nasim ni elak?ntahle aku).

Nasim lihat sekitaran biliknya. Kucing hitam itu hilang entah ke mana dah. Nasim bangun semula dan terus menutup tingkap biliknya. Kemudian dia mencari-cari di dalam bilik. Cari di bawah katil, di bawah meja tulis...namun kucing hitam yang menerkamnya tadi tidak pun dijumpai. Mana dia pergi bisik hati Nasim..

Nasim keluar bilik. Ruang tamu senyap sunyi. Setiap bilik rumah kampung neneknya itu tertutup rapat. Keluarganya sedang enak tidur siap dibuai mimpi lagi. Nasim terus mengorak langkah mencari kucing itu. Tiada di ruang tamu bisik hati Nasim. Nasim ke dapur pula, pun tidak ada jugak. Nasim mendongak ke atas lantas dia mengeluh. Sudah lari lalu ikut para berlubang itu agaknya, fikir Nasim. Tanpa berfikir panjang Nasim pun kembali ke biliknya.

Sebelum sempat dia hendak masuk ke biliknya, terdengar bunyi suara kucing berderam. Langkahnya terhenti. Dia lihat sekelilng tetapi arah bunyi itu tidak dapat dikenalpasti. Bila Nasim lihat kearah sofa, bunyi itu terdengar dari belakangnya. Bila Nasim pusing belakangnya, terdengar pula dari arah sofa. Nasim jadi tidak sedap hati. Jantungnya mula berdegup kencang, anak-anak peluh mula turun dari dahi membasahi pipinya..mukanya pucat. Ribut di luar masih lagi tidak reda. Bunyi dedaun pokok sena menggeser atap bata rumah neneknya..tambah mengerunkan Nasim.

Tiba-tiba terdengar para atap dipijak. Nasim terus pandang ke atas. Ahh..!kucing hitam! Kucing itu sedang berdiri menghadapnya dari atas para. Matanya hijau garang. Bepeluh dahi Nasim..makin banyak. Kucing itu seolah-olah mahu menerkamnya. Krakk! Nasim terdengar bunyi...dia terlompat ke tepi akibat terkejut beruk. Adiknya, Nafisah yang berusia 7 tahun keluar dari bilik ibubapanya. Dia pun mengeluh panjang..Fuhhh..dadanya diurut-urut sambil mengucap. "bang2, Fisah nak kencing.." ujar adiknya. Nasim cuba2 senyum dan membawa adiknya ke bilik air yang terletak di hujung dapur..

Tiba-tiba, dengan kemalasan aku nak menaip...kisah ini bersambung..

Apa pekara ganjil yang akan muncul lagi?
Apakah kucing hitam itu betul2 kucing?
Adakah adik Nasim dapat kencing?he
Nantikan sambungannya pada post akan datang.. "jangan biarkan hidup ini diselubungi misteriii"



redrum:kisah ini akan aku sambung kemudian..tetapi tu pun kalu ade seseorang yang nak tau sambungannya..kalau ade seorang je yang bagitau aku nak tau sambungannya..walaupun seorang..aku akan tulis sambungannya..kalu xde..aku xsambung le.. sob,sob,sob..

Wednesday, January 27, 2010

hobiku...hobi sesetengahmu jua..

setiap orang mesti ada satu minat atau obsesi kepada satu benda dan aku juga tidak terlepas daripada gejala minat atau obsesi ni. untuk senang aku taip, aku gabungkan perkataan minat atau obsesi tu jadi satu iaitu hobi dan hobi aku tuh ialah membeli dan membaca komik...taklah gempak sangat kan..kan..

aku memang punya kegilaan dan obsesi terhadap komik ni dan bila aku ke kedai buku, mata aku hanya ligat mencari rak-rak yang penuh dengan komik-komik terbaru.

memang ramai orang kat malaysia ni yang baca komik, tapi sesetengahnya tu hanya baca komik sebagai santapan biasa minda diaorang je. kalau aku, bukan setakat santapan je, malah siap melantak sampai buat teman tiduran lagi..he

komik memang banyak dan pelbagai jenis serta keluaran..tapi bagi aku, komik keluaran malaysialah yang aku minat..sokong barang buatan malaysia le katakan..ini antara sedikit daripada sangat banyak komik yang aku baca..







under age dan under 18(jenis drama humor)


lawak kampus(xpayah cite jenis ape)






dua atas ni..komik cinta cintun..(aku memang layan abis jugak komik cinta2 nih..wat modal nak ejas awek2..he)




the arrival(satu komik jenis drama..eksperimental drp komikus bear)




initial D(komik aksi,lawak,cinta,drama..yg psti sgt hebat komik ni bg lelaki le)


walaupun aku ni penyokong industri komik buatan malaysia...tapi aku sangat-sangat juga meminati komik-komik keluaran luar..komik manga daripada jepun memang menjadi pujaan hatiku sejak bebudak lagi..ini kerana komik manga ni sangat hebat dari segi lukisan dan penceritaannya dan juga aku memang bercita-cita nak ke jepun..tu pasal sokong jugak komik jepun ni..haa


redrum:walaupun giler baca komik..kita tak boleh abaikan untuk baca bahan2 ilmiah jgk..tapi bagi aku..komik ni bukan setakat komik je..banyak pengetahuan n ilmu ilmiah yang aku dapat sepanjang n sebanyak komik-komik yang aku telah baca.

Monday, January 18, 2010

lalalala....laaaa....laaa..aaaalalalala..

ai ga ai wo omosugiru tte rikai wo kobami

nikushimi ni kawatteiku mae ni

nani mokamo sou darou

batsu nowarui jijou ni wa itsumo futashite

kuwase mono no riaru

yuganda jirenma daite

yukusoku shita hazu no futarisae

kizukazu toonsugite yuku

kuwashitte wakariatteta kokoro okizari ni shita

kore ganae no hate na no

mitomenai de tachimukatta toki mo

ochiteku de tachimukatta toki mo

ochiteku toki no imeeji kara nigedasezu ni

ah nando demo sagashidasu yo

kimi nome sono te no nukumori wo

ai wa itsumo atashi wo kizutsukeru dake tte kimi wa tsubuyaite

shinjiru koto ga kowakute naitandarou

yowasa wo shitte tsuyoku nare

osorezu shiujiru koto de

hontou no ai wo shiru no darou

redrum: sila lah membaca sambil eja sebijik2...irama masuk sendiri le..hahaa

Thursday, January 14, 2010

Maya indahnya nama mu...misterinya dalam mu..

Aku bertanya...kenapa? Kenapa perasaan cinta tak dapat diteruskan selamanya?
Kenapa hati mesti berubah mengikut masa? Sudah..! Aku dah tak tahan lagi duduk lama-lama dalam bilik ni! keadaan bilik ni membuat aku sedih, bosan dan sepi. Walaupun bilik ini kemas..cantik..selesa dan suasana dingin..tapi tak sedikitpun buat aku rasa selesa..kenapa..??


Pada aku, cinta tu macam kopi kosong depan aku ni..panas, wangi, ade kafein dan buat aku selesa menghirupnya panas-panas...tapi kalau dibiarkan sejuk..ia ibarat segalas air biasa dan tidak lagi seperti ..hmmmm....nesscafe...




Aku tidak sedar dengan perasaan aku sekarang ni. Aku juga terlupa apa yang membuat aku bertanya begini. Ape yang aku tahu sekarang, aku hanya nak menangis tanpa menitiskan setitik air mata pun...(eh2..melebih-lebih feel lak ayat aku nih..aku nangis??)

Memori-memori aku dan maya di bilik ni sentiasa dalam minda aku. Bilik ni la dunia kami...berdua...
Setiap sudut bilik ni mengingatkan aku tentang kenangan-kenangan manis aku dan maya..

Setiap perkara yang berlaku, setiap perkataan yang maya sebut cuma menambah kesedihan padaku..kalatika aku teringatkannya...

Semuanya dah berakhir...yang tinggal cuma bilik kosong ni. Tapi...kenapa ia mesti berakhir? Kenapa maya benci aku? Kenapa maya nak tinggalkan tempat ni? Aku sendiri tak tahu ape sebabnya...tidak! aku kena tanya kenapa??

Bagitau aku maya...ape salah aku sampai camni sekali kau layan aku? Apa yang aku dah buat sampai kau sanggup lupakan segala janji-janji kau pada aku dulu. Tolong la..tolong bagitau aku maya..
Maya hanya senyap..pandangan maya jauh..sangat jauh..merenung sambil memikirkan..masa, cerita, kisah, kenangan...ntahla, aku pun tak tau..

Aku menanti dengan penuh harapan..badan berpeluh..jantung berdegup kencang..terus kencang..lagi kencang..berpeluh..menanti jawapan ..tetiba aku melihat maya..jauh ke dalam maya..gelap? kenapa gelap?...maya..hilang daripada pandangan aku..tunggu..tunggu maya!..jaaawaaapaannnn....!!??


redrum:kisah ni tidak sama sekali terjadi kat aku secara realitinya..tapi kisah ni memang terjadi kat aku..secara 'maya'nya..kisah mimpi aku daa..mimpi kan maya..alam maya gitu..hahaha
:fakta: mimpi benda buruk..msti jantung akn berdegup kencang n berpeluh..ku rase semua org gtu..

Sunday, January 3, 2010

Teringin Nak Pelihara 'Croc'odile...

Tahun 2010...ape aku nak buat nih. Awal-awal tahun gini, poket masih tebal lagi nih..elok nipiskan sikit poket ni..pikir aku sendiri.. Dah siap elok-elok pikir, apelagi..keluar rumah terus cari kedai le..

Aku ni jenis minat pelihara binatang, sejak kecik lagi aku start dah kerjaya memelihara menatang nih..yang biasa-biasa macam orang biasa jenis aku ni..masa tu aku pelihara menatang ayam n kucing jela...kos xmahal. Ayam tu aku cilok datuk aku punya..hehe n kucing tu palak..aku mintak ngan mak Yam yang duk belakang kedai mee celup je..aku tengok2 kucing dia..berkenan jadi aku mintak le..tp anak dara mak Yam ni pn cantik jugk..tak nya berani mintak pulak..rugi aku.. Apelah, aku kecik lagi masa tuh..budak pompuan tu pun ingusan jugk lagi..hehe

Masa kecik-kecik tu, tak puas pelihara menatang jenis biasa gitu..jadi aku mula lah pasang angan-angan bila besar nanti dah kerja sedap-sedap, duit dalam dompet tebal-tebal buku yellow pages gitu..aku pasang angan nak pelihara menatang eksotik lak..masa kecik tuh, aku pikir nak pelihara rimau le, ular le , crocodile le..ceh macam-macam menatang la pulak aku pikir..

Sekarang memang poket dah tebal..tetiba aje aku ingat angan-angan aku tuh..rasa macam nak tunaikan je angan-angan aku tuh..jadi menatang ape aku nak beli nih?..hmm, elok beli crocodile kot..eksotik giler menatang tuh..

Aku pun usha-usha le kat dalam internet ni..masuk kedai-kedai online..tengok-tengok ade le dua ekor aku berkenan..apelagi aku pn terus oder online le..sini aku kongsi gambar crocs aku tuh..eksotik-eksotik..ha







atas: tideline canves (rm13o)
bawah: santa cruz men (rm11o)




redrum: apemacam..crocs aku eksotik kan2?..haha
p/s: sebenarnya aku angan2 je oder crocs ni..sb aku punya pasal nk angan2..haha

Saturday, January 2, 2010

Jadikan Landasan Pencerahan

Hukum Sambutan

Tahun Baru Masehi

calendar.jpg

Soalan

Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan

Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

redrum: kredit untuk www.zaharuddin.net


Permulaan Masihi Baru

belia n remaja hampeh

permulaan masihi memang menarik, masyarakat awam tidak kira yang majoriti atau minoriti dalam negara aman ini memulakan langkah dan niat mereka masing-masing. Aku pun termasuk samalah kiranya..ha,

tetapi masalahnya dengan masyarakt zaman ini, terutama golongan masyarakat yang digelar golongan belia n remaja ini telah lupa cara-cara sopan dalam merayakan sesuatu hari yang mereka ingin merayakannya...ape maksud aku nih..hamm..gini, aku melihat contoh mengenai sambutan permulaan masihi ni atau tahun baru 2010 ni le..golongan ini telah sama sekali mengikut atau terikut2 acuan barat dan seangkatan barat yang menjadikan sambutan ini satu cara untuk bersosial bebas atas nama 'sambutan'..ish2.

sedangkan pada malam tersebut pelbagai program ilmiah juga diadakan dan yang terpenting untuk golongan muslim...masjid-masjid pada malam tersebut ade mengadakan solat gerhana n penerangan ilmiah tentang ilmu-ilmu astronomi..tetapi sambutan..amat2 hampeh drp golongan belia n remaja ini..yang duk tercongak kat situ aku lihat..pak-pak iman,pak-pak budak n mak-mak budak je..hairan2 aku..mane kesedaran umat2 muslim baya usia aku nih..hmmm





redrum: aku memikirkan nasib ini untuk aku saje..kalau ade sesape pikir jugak..maknanya aku bukan kesorangan la..

Related Posts with Thumbnails