Showing posts with label brand hobiku. Show all posts
Showing posts with label brand hobiku. Show all posts

Saturday, February 6, 2010

Bandar Tuhan

Bandar Tuhan atau City of God adalah satu tajuk filem yang telah diterbitkan pada tahun 2002 di Brazil(memang movie org Brazil pn). Aku sangat suka giler filem ini..sebab apa? Sebabnya tak lain tak bukn..filem ni sangat2 hebat, menarik, bermesej, teknik penceritaan yang pelbagai dan paling penting sebabnya aku jenis tak minat filem Melayu!(sampai aku bercucu pn pengarah Melayu tak mampu nak wat filem camni..aku sgt2 pasti!..ha)

City of God adalah tajuk orinya dan filem ni sebenarnya adalah berdasarkan kisah benar. Bagi aku, jenis2 filem yang berdasarkan kisah2 benar ini memang menjadi kegilaan aku sejak bebudak lagi.

poster @ cover City of God

Sinopsis
Cerita ini bermula dgn watak utama(Roket) berada di tengah2 dua kumpulan gengster yang bermusuh dan sanggup membunuh satu sama lain. Selepas itu apa jadi ek..? Aku ni jenis tak pandai nak ulas2 atau citer semula ni..takut2 last2 jadi aku(redrum) sebagai heronya lak nanti..hoho

Utk lebih kepuasan, aku syor yg mana2 tak tengok lagi..tengoklh filem ni walaupn filem ni dah lama..gerenti ko tak kecewanye dan yg tak mo tengok tp nak tau serba sdikt..bolehla korang tanya Pakcik Google..tanye tjuk tu..gerenti panjang giler pakcik tu cerita kat korang..he



permulaan, shot pn dah mendebarkan!(pic roket:hero)


hero itam2 pn xpe..janji aweks tu cun melecun!(untg ko roket)



di Brazil, awal thn 80-an pun ramai yg mint nak jadi photographer?


gengster terawal(the tender trio) di city of god..sama cam robin hood..rompak2 tp xmbunuh



redrum:amaran! citer ni hanya sesuai utk lelaki yg suka keganasan cam redrum je..ha. bagi pempuan..tak boleh tengok!..sebab? dikhuatiri terpengaruh..klu terpengaruh, susah la..jd ganas pada lelaki lak kn..kah3~

Wednesday, January 27, 2010

hobiku...hobi sesetengahmu jua..

setiap orang mesti ada satu minat atau obsesi kepada satu benda dan aku juga tidak terlepas daripada gejala minat atau obsesi ni. untuk senang aku taip, aku gabungkan perkataan minat atau obsesi tu jadi satu iaitu hobi dan hobi aku tuh ialah membeli dan membaca komik...taklah gempak sangat kan..kan..

aku memang punya kegilaan dan obsesi terhadap komik ni dan bila aku ke kedai buku, mata aku hanya ligat mencari rak-rak yang penuh dengan komik-komik terbaru.

memang ramai orang kat malaysia ni yang baca komik, tapi sesetengahnya tu hanya baca komik sebagai santapan biasa minda diaorang je. kalau aku, bukan setakat santapan je, malah siap melantak sampai buat teman tiduran lagi..he

komik memang banyak dan pelbagai jenis serta keluaran..tapi bagi aku, komik keluaran malaysialah yang aku minat..sokong barang buatan malaysia le katakan..ini antara sedikit daripada sangat banyak komik yang aku baca..







under age dan under 18(jenis drama humor)


lawak kampus(xpayah cite jenis ape)






dua atas ni..komik cinta cintun..(aku memang layan abis jugak komik cinta2 nih..wat modal nak ejas awek2..he)




the arrival(satu komik jenis drama..eksperimental drp komikus bear)




initial D(komik aksi,lawak,cinta,drama..yg psti sgt hebat komik ni bg lelaki le)


walaupun aku ni penyokong industri komik buatan malaysia...tapi aku sangat-sangat juga meminati komik-komik keluaran luar..komik manga daripada jepun memang menjadi pujaan hatiku sejak bebudak lagi..ini kerana komik manga ni sangat hebat dari segi lukisan dan penceritaannya dan juga aku memang bercita-cita nak ke jepun..tu pasal sokong jugak komik jepun ni..haa


redrum:walaupun giler baca komik..kita tak boleh abaikan untuk baca bahan2 ilmiah jgk..tapi bagi aku..komik ni bukan setakat komik je..banyak pengetahuan n ilmu ilmiah yang aku dapat sepanjang n sebanyak komik-komik yang aku telah baca.
Related Posts with Thumbnails